大发PK10官方36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China

  • 时间:
  • 浏览:129

36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku yang di dalamnya terkandung 36 taktik peperangan yang diguna pakai pada zaman purba di China dan diwarisi sehingga hari ini. Meskipun penyusunan dan penerbitan buku itu dilakukan pada lebih 500 tahun yang lalu, tetapi taktik-taktik peperangan yang terkandung di dalam buku itu telah diguna pakai di China dalam jangka masa yang panjang dan telah menjadi inti pati kebudayaan tradisi China. Pada masa ini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah politik, diplomasi, ilmu-ilmu pengurusan, perdagangan dan lain-lain.

Taktik-taktik yang terkandung dalam "36 Taktik Peperangan" sudah wujud di China pada lebih 5000 tahun yang lalu dan disusun menjadi buku pada tahun 1940-an. Buku itu dianggap setanding dengan buku "Seni Perang" hasil karya Sun Zi dan dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Sun Zi ialah seorang pahlawan China, hidup sezaman dengan pendeta agung Konfusius kira-kira 25000 tahun yang lampau. Fikiran beliau mengenai strategi perang sangat terkenal dan diakui hingga hari ini.

Berdasarkan catatan sejarah, cerita tentang "36 Taktik Peperangan" telah muncul di China pada abad ke-5 Masihi. Pada ketika itu, wilayah China telah menjadi terpisah-pisah dan diduduki oleh beberapa kuasa tempatan China. Mereka sering berperang antara satu sama lain dan mengakibatkan pemerintahan China ganti-berganti dari semasa ke semasa.

Kononnya, tentera yang diketuai oleh Hulubalang Tan Daoji kerajaan Negeri Liusong sedang berada dalam situasi yang sukar dalam satu peperangan. Beliau telah menipu pihak lawannya dengan satu tipu muslihat agar tenteranya berjaya berundur dari medan peperangan tanpa kematian dan kecedaraan. Selepas itu, sudah ada orang memperkatakan tentang Hulubalang Tan Daoji sebagai berkata: "antara 36 taktik peperangan Hulubalang Tan Daoji, pelarian merupakan pilihan yang terbaik". 36 Taktik Peperangan tersebut bukanlah nama sesebuah buku, tapi untuk menggambarkan kecerdikan dan kebijaksanaan Hulubalang Tan Daoji. Manakala, strategi pelarian juga bukanlah salah satu taktik daripada 36 Taktik Peperangan itu, sebaliknya adalah untuk mempersendakan tindakan pelariannya dalam perang. Dalam konteks ini, 36 Taktik Peperangan merupakan istilah yang menyifatkan orang yang licik dan pandai menipu. Pada masa itu, 36 Taktik Peperangan bukan sesuatu karya strategi peperangan yang mempunyai kandungan yang konkrit, tapi hanya merupakan taktik yang sering diperkatakan dalam kalangan rakyat China dan diguna pakai dalam opera, novel dan lain-lain.

Edisi terawal 36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku cetakan yang diterbitkan di Chengdu, Provinsi Sichuan di barat daya China. Dalam buku yang tanpa catatan tahun penerbitan dan penulis itu ada tertulis "taktik peperangan sulit". Bahan aslinya ialah sebuah naskah yang ditulis dengan tangan.

Pakar berpendapat bahawa terdapat banyak edisi 36 Taktik Peperangan pernah muncul yang diwarisi dari mulut ke mulut dalam kalangan rakyat China selama beribu-ribu tahun. Kebanyakan edisi buku itu mempunyai kandungan yang hampir sama. Naskah tulisan tangan yang ditemui itu diduga telah disusun oleh seseorang yang berminat terhadap strategi perang dan mempunyai banyak pengetahuan tentang taktik peperangan berdasarkan bahan-bahan yang ada pada masa itu.

"36 Taktik Peperangan" tidak ada banyak kandungan yang menjelaskan tentang teori peperangan, sebaliknya lebih mengutamakan penggunaan praktikal strategi peperangan.